Selamat Datang ke pakar CCTV Anda, Keselamatan untuk rakyat Malaysia!

CCTV Premium Pilihan #1 untuk Keselamatan Anda

Tingkatkan Keselamatan, Hapuskan Risiko Jenayah!

Anda merupakan golongan seperti di bawah

Pemilik Rumah Baharu

  • Mahu keselematan menyeluruh
  • Risau jenayah yang semakin meningkat 

Pemilik Bisnes & Usahawan

  • Mahu pantau premis dari jauh
  • Elak kehilangan, pecah masuk dan isu pekerja

Golongan Profesional & Pemilik Rumah Mewah

  • Bekerja jauh atau memiliki harta bernilai
  • Mahu lindungi aset dari pencerobohan atau kecurian 

Penduduk di Kawasan Berisiko Tinggi

  • Tinggal di kawasan jenayah tinggi atau pernah alami insiden keselamatan 

Keluarga dengan Anak Kecil

  • Ibu bapa bekerja mahu  pantau anak di rumah
  • Anak balik sekolah sendirian di rumah atau dijaga pembantu 

Ibu Bapa Tinggal Sendirian di rumah

  • Anak-anak risau keselamatan ibu bapa
  • Elak kejadian tak diingini semasa mereka bersendirian 

Jangan biarkan kerisauan membelengu diri anda!

Kadar Jenayah Semakin Melampau, Nyawa Kini Makin Terancam , Walau Berada Di Dalam Kawasan Rumah Sendiri

Apa kata dapatkan servis kami yang berpusat di Batu Caves, Selangor!

Antara kelebihan kami adalah

Sokongan iPhone/Android

Semua pakej CCTV kami membolehkan anda melihat live-stream terus dari telefon bimbit atau komputer anda walau di mana-mana anda berada

Harga Berpatutan

Biarpun teknologi yang digunakan amat canggih, kami tetap menjadikan harga kami rendah dan mampu milik untuk anda. Anda juga mempunyai pilihan pembayaran secara ansuran menggunakan kad kredit atau kad debit melalui Buy Now Pay Later. 

Produk Berkualiti Tinggi

Kamera CCTV HD dengan kejelasan gambar yang luar biasa, dilengkapi fungsi zoom dan sudut pandangan yang luas beserta audio.

Jenama Terkemuka Dunia

Produk yang dibekalkan adalah yang terkemuka di dunia dalam sistem keselamatan.

Dealer Sah Diiktiraf

Kami adalah Dealer sah syarikat pembekal sistem CCTV

Jaminan dan Sokongan Penuh

Nikmati 2 tahun jaminan produk dan 1 tahun jaminan pemasangan, serta sokongan teknikal sepanjang tempoh jaminan.

Juruteknik Terlatih

Juruteknik kami terlatih dan bertauliah untuk melakukan pemasangan di premis pelanggan

Khidmat Pelanggan

Kami berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik, cepat dan sempurna kepada pelanggan

Proses Tempahan Pemasangan CCTV

1- Hubungi kami

2- Sahkan maklumat yang diberikan.

3- Mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai masalah anda

4- Memberi anda penyelesaian terbaik berdasarkan butiran yang diberikan

5- Mengesahkan tempahan selepas anda menerima harga, terma dan syarat kami

6- Mesej pengesahan di WhatsApp dengan nombor tempahan

7- Janji temu kerja akan ditetapkan tarikh untuk proses penghantaran dan pemasangan

Pelanggan Berpuas Hati
0 +
Tahun Pengalaman
0 +

Jangan risau!

Kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Apa kelebihan apabila anda mendapatkan servis kami?

Kelebihan servis kami pasti 100% dapat membantu menyelesaikan masalah  

Haaaaa, berbaloi kannnn?

Keselamatan anda terjamin dalam 1 Pakej Harga dan Jaminan 1 Tahun Waranti!

Apa kata pelanggan kami yang telah 100% berpuas hati

Jangan hanya percaya kata-kata kami, dengarlah testimoni dari pelanggan kami! Mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan CCTV yang kami sediakan di FZH Technology. 

Dapatkan Diskaun Istimewa Hari Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakej CCTV pada harga istimewa! 

Nanti dulu!

Kini anda boleh menikmati pilihan pembayaran secara ansuran melalui kad kredit atau kad debit dengan pelan Buy Now Pay Later!

Kad debit: 3 atau 6 bulan bayaran melalui Mobypay, Ahapay & Atome

Kad kredit: 6 hingga 12 bulan pembayaran ansuran

0% interest Plan untuk pemegang kad kredit Hong Leong Bank

Jangan tunggu lagi, promo ini akan tamat pada bila-bila masa sahaja

Jangan risau, jika produk pembelian termasuk pakej pemasangan, kami akan datang ke premis pelanggan secara percuma dalam tempoh waranti. Tempoh waranti adalah selama 1 tahun!

Jadi yang terawal dan dapatkan dengan harga penjimatan!

Peringatan!

Jangan lepaskan peluang ini, sekiranya anda taknak mengalami situasi buruk seperti di atas?

Bertindak segera!

FAQ

1. Berapakah kos pemasangan CCTV?

Kos bergantung kepada jenis kamera (Indoor/Outdoor, IP/Analog), jumlah kamera dan jenis rakaman (NVR/DVR). Harga biasanya mengikut pakej asas lengkap termasuk pemasangan. Untuk sebut harga tepat, pemeriksaan lokasi atau maklumat pelan premis diperlukan.

2. Adakah CCTV boleh dipantau melalui telefon?

Ya. Setiap kamera moden biasanya menyokong akses jarak jauh (remote viewing) melalui aplikasi Android/iOS. Hanya perlukan sambungan internet di lokasi pemasangan dan anda boleh memantau secara live dari mana-mana sahaja.

3. Adakah servis penyelenggaraan disediakan?

Ya. Kebanyakan penyedia menawarkan maintenance seperti pembersihan kamera, pemeriksaan kabel, kemaskini sistem rakaman, dan troubleshooting. Servis boleh dibuat secara sekali (one-time) atau kontrak bulanan/tahunan.

Terma & syarat

1. Pembayaran

Bayaran perlu dibuat sebaik sahaja kerja selesai bersama dengan tandatangan pesanan penghantaran.
Kaedah pembayaran yang diterima: Kad Debit/Kredit, Pindahan Bank, atau E-Wallet.
Pembatalan secara tiba-tiba akan dikenakan caj penuh berdasarkan nilai kerja.

2. Pemasangan & Penghantaran

Pemasangan hanya tersedia di kawasan tertentu di Lembah Klang. Caj tambahan dikenakan untuk luar kawasan.
Had pemasangan:
Luas premis tidak melebihi 20 x 70 kaki persegi (caj tambahan jika lebih besar).
Ketinggian pemasangan maksimum 10 kaki (disarankan bawah 8 kaki untuk sudut rakaman terbaik).
Pemasangan hanya dilakukan di rumah teres, kondominium, apartmen, kedai, atau pejabat.
Pendawaian maksimum 66 kaki setiap kabel.
Pemasangan di tingkat lain memerlukan penyesuaian tambahan.

Waktu pemasangan: Hari bekerja, 10:00 pagi – 5:00 petang.

Pendawaian permukaan sahaja, tanpa wall hacking atau penyembunyian kabel.

Hari 1: Pendawaian & pemasangan sistem diselesaikan.

Hari 2: Konfigurasi sistem, tetapan router, dan latihan pengguna (selesai dalam 1 jam).
Keperluan Internet: Premis mesti mempunyai sambungan internet seperti Unifi, Maxis Fiber, atau Time Fiber. Router perlu dipasang berhampiran DVR sebelum konfigurasi.
Caj tambahan dikenakan jika syarat pemasangan tidak dipenuhi atau ada permintaan khas.

3. Waranti & Penyelenggaraan

Waranti Perkakasan

Tukar Ganti 1 Tahun: Untuk kerosakan kilang dalam tempoh setahun pertama.
Waranti 24 Bulan: Untuk kecacatan pengilangan.
Waranti 12 Bulan On-Site:
Sah hanya untuk kawasan tertentu di Lembah Klang.
Untuk lokasi lain, waranti adalah Carry-In (pelanggan perlu membawa produk ke pusat servis).
Waranti 30 Hari: Untuk peralatan elektrik seperti adapter & power supply.
Tidak Termasuk Waranti: Aksesori (bracket, connectors, kabel) dan kerosakan akibat bencana alam atau kesalahan manusia.
Produk tanpa label waranti asal dianggap tiada waranti.

4. Polisi Pembatalan & Keperluan Bangunan

Kelulusan pengurusan bangunan mesti diberikan sebelum kerja pemasangan bermula.
Jika surat kelulusan tidak disediakan dan pasukan teknikal tidak dapat masuk untuk pemasangan, bayaran penuh masih perlu dibuat.
FZH Technology berhak untuk membatalkan atau menjadualkan semula servis sekiranya berlaku keadaan yang tidak dapat dielakkan